Huraikan tentang agama Hindu dan Buddha yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia pada abad ke 19

Agama merupakan satu system kepercayaan yang diamalkan oleh seseorang atau sekumpulan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup. Terdapat beberapa agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia pada kurun ke 19. Antaranya adalah agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Agama Hindu mendapat tempat di Thailand, India dan Myanmar manakala agama Buddha dianuti kebanyakan masyarakat di China, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar.
Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia. Agama ini dikatakan tidak mempunyai pengasas. Menurut sejarah, istilah Hindu diambil daripada perkataan Shindu yang bermaksud permulaan tamadun di Lembah Indus. Agama ini berasal dari India dan muncul pada Zaman Vedik iaitu antara 200M hingga 1000M. Dalam hubungan ini jelas sekali bahawa ajaran agama ini berasaskan kepada empat veda penting iaitu Rig Veda, Atharva Veda, Yajur Veda dan Sama Veda
Agama Hindu ini mempunyai dua mazhab iaitu Saivisme yang menyembah Dewa Siva dan Vaishavisme yang menyembah Dewa Vishnu. Agama ini juga percaya kepada jelmaan tiga tuhan yang dikenali sebagai Trimurthi iaitu Dewa Brahman (pencipta), Dewa Vishnu (pelindung) dan Dewa Siva (pemusnah)
Penganut agama ini percaya kepada hukuman Karma dan kelahiran semula dimana seseorang yang meninggal dunia akan dilahirkan semula bergantung dengan perbuatannya ketika di dunia. Justeru itu penganut agama ini berusaha untuk mencapai Moksya atau Nirwana agar tidak dilahirkan semula di dunia.
Pada peringkat awal, perkembangan agama Hindu khususnya di Thailand dan Myanmar telah Berjaya mempengaruhi corak hidup masyarakat dalam semua aspek. Ia bukan sahaja diamalkan oleh pemerintah malah diperkukuhkan lagi dengan amalan-amalan yang dibawa oleh agama Hindu sehinggakan rakyat begitu taat dan patuh kepada pemerintah. Di Thailand dan Myanmar penganut agama ini lebih cenderung mengamalkan ajaran Hindu bermazhab Theravada. Pengaruh agama Hindu mula berkurangan apabila munculnya agama Buddha yang kemudiannya Berjaya menarik sebahagian penduduk untuk mendekati dan seterusnya mengamalkannya
Kemunculan agama Buddha secara langsung mengurangkan pengaruh agama Hindu. Agama Buddha diasaskan seorang putera raja bernama Siddharta Gautama Buddha. Beliau meninggalkan istana semata-mata untuk mencari erti hidup sebenar dan akhirnya beliau menemui cahaya kebenaran di bawah pokok Bo di Bhagaya. Bermula dari peristiwa itu beliau dikenali sebagai Gautama Buddha yang bermaksud “Pemberi Cahaya” atau “Kecerahan Agung”. Agama ini dipercayai berasal dari Utara India.
Agama ini mempunyai dua mazhab. Mazhab pertama ialah Buddha Hinayana yang dianuti majaroti masyarakat di Thailand,Myanmar,Kampuchea,Vietnam,Laos dan Indonesia. Mazhab kedua dikenali sebagai Mahayana yang menjadi pegangan utama bagi penduduk di China dan Jepun.
Penganut agama Buddha percaya kepada Empat Kebenaran Mulia iaitu kesengsaraan hidup adalah lumrah alam. Kesengsaraanberpunca daripada nafsu untuk mendapatkan kekayaan dan keseronokan, cara mengelakkan kesengsaraan ialah dengan mengatasi nafsu dan cara untuk menamatkan kesengsaraan ialah melalui Jalan Lapan Lapis. Jalan Lapis terdiri daripada pemikiran yang baik,pengetahuan yang baik,keinginan yang baik,pertuturan yang baik,kelakuan yang baik,kehidupan yang baik,usaha yang baik,dan pertapaan yang baik. Penganut agama Buddha juga percaya kepada konsep Ahimsa iaitu tidak mahu melakukan sebarang kekerasan ke atas makhluk hidup
Agama Buddha mendapat tempat di kalangan pemerintah di Thailand dan Myanmar. Dalam system social Thailand, agama ini menjadi anutan utama masyarakat Thailand. Pengaruh agama Buddha dalam bidang kesenian dapat dilihat melalui seni bina candi Borobodur di Pulau Jawa dan Angkor Wat di Myanmar.
Kesimpulannya, kedatangan agama Hindu dan Buddha ternyata mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia dalam pelbagai aspek. Kedatangan agama Buddha ternyata member kesan kepada agama Hindu. Kedua-dua agama ini tetap diamalkan sehingga ke hari ini tetapi telah mengalami perubahan mengikut kesesuaian masa.

Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China

Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun.

Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini.

Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa kesan yang banyak ke atas Negara Jepun

Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun.
Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda

Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan. Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.

Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang. Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah ditetapkan.
Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan Barat dan fahaman Barat.

Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden.
Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu.
Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain.
Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China.
Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.

Perang Jawa dan Dahagi India

“Konflik antara nilai tempatan dengan nilai Barat telah mencetuskan Dahagi India (1857) dan Perang Jawa (1825).” Jelaskan.

Dahagi India yang tercetus di India pada tahun 1857 dan Perang Jawa yang tercetus di Indonesia pada tahun 1825 merupakan gerakan antipenjajah. Kedua-dua gerakan menentang penjajahan British di India dan Belanda di Indonesia atas sebab konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan.
Pembaharuan social yang dilakukan oleh Lord William Bentick di India yang pada anggapan dan pemikiran barat sebagai tradisi kuno dan merugikan telah membawa kepada penentangan terhadap Barat. Sebagai contoh amalan suttee merupakan satu adat resam yang telah berakar umbi sejak sekian lama dalam masyarakat India. Amalan ini merupakan satu pengorbanan yang dilakukan oleh si isteri di timbunan kayu mayat suami mereka semasa upacara pengebumian. Bagi British amalan ini satu jenayah besar kerana balu si mati sering kali dipaksa berbuat demikian oleh saudara-maranya. Undang-undang untuk mengharamkan amalan ini dikeluarkan pada tahun 1828.

Amalan thugee pula ialah satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Kumpulan-kumpulan agama ini akan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewa Kali. Amalan ini juga telah dihapuskan oleh British. Begitu juga dengan amalan pembunuhan bayi perempuan.

Satu peristiwa yang menggemparkan telah berlaku apabila terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa peluru senapang rifle enfield yang baru yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah disapu dengan minyak lembu dan babi dihujungnya. Sepoi-sepoi Hindu dan Muslim berpendapat tindakan Inggeris ini menentang kebudayaan dan agama mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka.

Pengenalan Akta Pengambilan Tentera Am juga menimbulkan ketegangan di kalangan kaum Brahmin dan Rajput. Di bawah akta ini, askar-askar sepoi boleh dihantar ke merata wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kasta yang tinggi. Mereka bimbang kasta tinggi mereka ini akan tercemar dengan berlakunya perpindahan.

Sungai Ganges dianggap suci oleh orang India. Tindakan British hendak membina tali air yang menghubungkan beberapa kawasan dengan Sungai Ganges dianggap telah mengancam kepercayaan dan kesucian agama Hindu. Pengenalan kepada system pendidikan Barat juga telah disalah ertikan oleh orang India. Mereka beranggapan bahawa British cuba mengkristiankan orang India dan menghapuskan tradisi-tradisi mereka dan system pendidikan Hindu.

Undang-Undang Lesap Waris Lord Dalhousie telah menafikan hak-hak tradisional dari segi perwarisan. Orang India terlalu marah dengan tindakan British yang menduduki wilayah-wilayah yang tiada pewaris sah.

Di Indonesia pula, Perang Jawa tercetus atas sebab pembatalan kontrak sewaan tanah oleh Belanda. Dalam kontrak tersebut, orang-orang Eropah dibenarkan menyewa tanah untuk mengusahakan tanaman sendiri. Belanda menganggap sistem sewa tanah ini sebagai satu bentuk penindasan ke atas masyarakat tempatan. Undang-undang telah diluluskan untuk membatalkan semua kontrak sewaan tanah.

Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang Jawa ialah Dipo Negoro. Beliau membenci Belanda kerana mempermainkan hak perwarisan takhtanya dan juga soal-soal keagamaan. Dipo Negoro sebenarnya merupakan anak sulung Amangkubuwono III. Apabila Amangkubuwono mangkat, Dipo Negoro telah diketepikan. Raffles yang memerintah Indonesia ketika itu telah melantik putera yang lebih muda iaitu Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta. Apabila Djarot mangkat dan Indonesia diambil alih oleh Belanda sekali lagi Dipo Negoro telah diketepikan apabila anak Djarot yang baru berusia dua tahun dilantik menjadi raja menggantikan ayahda nya.

Dari segi keagamaan, Belanda tidak mengakui Dipo Negoro sebagai pemimpin agama Islam walaupun beliau disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan. Mengikut kepercayaan tradisi orang-orang Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai “Ratu Adil’. Dipo Negoro menjadi harapan mereka untuk membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan kongkongan penjajahan Belanda.

Keadaan ini menjadi lebih genting lagi apabila Belanda hendak membina sebatang jalan raya di Jogjakarta yang betul-betul melalui kawasan pemakaman moyang Dipo Negoro. Beliau berasa terhina dengan tindakan Belanda ini kerana telah melanggar tatasusila dan nilai-nilai social serta agama Islam sendiri. Bagi Dipo Negora tindakan ini sudah keterlaluan lalu melancarkan Perang Jihad ke atas Belanda.

Jelas bahawa terdapat konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan. Kuasa-kuasa Barat tidak sensitif terhadap amalan dan kepercayaan tempatan. Mereka hanya menganggap sesuatu amalan sosial tidak berperikemanusiaan dari kaca mata mereka, sedangkan amalan-amalan sosial yang ada telah berakar umbi dalam masyarakat tempatan. Ini bermakna, British dan Belanda telah campur tangan dalam adat resam penduduk tempatan.

Pembesar di China dan Jepun

Huraikan peranan golongan pembesar dalam system social zaman Tokugawa dan Zaman Manchu pada abad ke 19.

Pengenalan
• Sistem pembesar di Asia Timur masih mengamalkan system feudal
• Berdasarkan system ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja atau maharaja.
• Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja.
• Di Jepun pembahagian kelasnya agak ketat. Dalam system social Bakufu, terdapat golongan bangsawan,golongan Daimyo dan Hatamoto. Sementara rakyat pula terbahagi empat kelas.
• Di China semasa pemerintahan Manchu, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam.
• Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja

Isi
• Peranan golongan pembesar di Jepun sangat ketara semasa zaman Shogun Tokugawa. Pada ketika ini golongan Shogun telah mengambil alih kuasa daripada maharaja. Maharaja Jepun merupakan seorang boneka yang tinggal di Kyoto yang dikawal ketat.
• Pemerintahan oleh Shogun dibantu oleh golongan pembesar yang dipanggil Daimyo.
• Daimyo terbahagi kepada tiga golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
• Golongan Daimyo ini diberikan wilayah untuk memerintah diperingkat wilayah. Pemberian kuasa kepada Daimyo berdasarkan pertalian kekeluargaan dan ketaatan kepada Shogun.
• Daimyo Shimpan ditempatkan dikawasan yang strategic yang berhampiran dengan raja iaitu di sepanjang jalan Tokaido. Jalan ini merupakan perhubungan utama di Jepun. Golongan ini merupakan barisan pertahanan utama bagi Tokugawa.
• Sebenarnya Daimyo Shimpan diletakkan di kawasan ini bertujuan mengawasi segala tindak tanduk Daimyo Tozama agar tidak melakukan sebarang serangan.
• Sementara Daimyo Fudai merupakan pembesar dalaman dan diletakkan jauh sedikit daripada Daimyo Shimpan sementara Daimyo Tozama atau dikenali sebagai “tuan-tuan tanah di luar” telah ditewaskan oleh Shogun Tokugawa dan diletakkan di kawasan yang jauh atau kurang strategik.
• Daimyo Tozama dikehendaki menyumbang tenaga manusia, bahan-bahan dan wang untuk berbagai kerja awam dan pembinaan istana bagi Shogun Tokugawa.
• Mereka juga diperintah untuk memusnahkan semua kapal perang mereka yang beratnya melebihi 50 tan bagi melemahkan kekuatan Daimyo Tozama
• Selain itu system Sankin Kotai iaitu system kehadiran bergilir digunakan bagi mengelakkan ancaman terhadap Shogun. Melalui system ini golongan Daimyo dipaksa untuk tinggal di Edo sekitar empat hingga enam bulan bergilir-gilir setiap tahun.
• Apabila mereka pulang ke Tanah mereka sendiri, isteri dan anak-anak mereka pula dikehendaki tinggal di Edo sebagai penjamin. Ini adalah satu cara bagi memastikan Daimyo tidak memberontak.
• Semasa golongan Daimyo ini berada di Edo, mereka dikehendaki menjalankan tugas pentadbiran dan upacara-upacara tertentu untuk Shogun Takugawa.
• Dari masa ke masa mereka juga dikehendaki memberi sumbangan untuk membesarkan kota Edo.
• Walaubagaimanapun golongan Daimyo ini dibenarkan memungut cukai ke atas penduduk kawasan mereka yang tertakluk kepada undang-undang yang telah mereka tentukan.
• Melalui “Law for the Militar House” Shogun Iyeyasu telah menentukan had jumlah ketenteraan, kubu pertahanan dan melarang Daimyo melakukan pakatan antara satu sama lain.
• Mereka yang melanggar peraturan akan menyebabkan tanah atau wilayah kekuasaan mereka dirampas dan diletakkan di bawah Shogun.
• Kedudukan Daimyo ini dibantu oleh golongan samurai dan karo. Golongan inilah yang memainkan peranan mempertahankan kuasa golongan Shogun dan Daimyo. Malahan golongan ini kadangkala ditugaskan untuk mempertahankan negara.
• Semasa pemerintahan Tokugawa, terdapat Majlis Penasihat Agung (Tairo) yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Shogun mengenai dasar Negara. Tairo menjadi pemangku maharaja sekiranya Shogun yang dilantik masih belum dewasa.
• Sementara di negeri China pula maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan,golongan terpelajar,golongan tani,golongan pertukangan,saudagar/peniaga dan golongan askar
• Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing.
• Golongan bangsawan semasa Dinasti Manchu adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan Bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri.
• Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.
• Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory.
• Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara
• Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Kakitangan,Jabatan Upacara,Jabatan Tentera,Jabatan Kehakiman dan Jabatan Kerja Awam.
• Golongan Gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan sarjana tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar kerajaan.
• Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri.
• Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.

Penutup
• Peranan pembesar di China dan Jepun penting dalam system feudal. Bagaimanapun mereka mempunyai kuasa yang terhad tertakluk di bawah kuasa dan arahan Shogun di Jepun dan Manchu di China
• Apa yang jelas tidak terdapat mobility social di Jepun yang menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati semasa zaman Tokugawa.
• Keadaan yang sebaliknya berlaku di China disebabkan adanya peperiksaan awam membolehkan mobility sosial berlaku. Namun demikian untuk melepasi system peperiksaan itu amatlah sukar kerana semuanya dikawal dengan ketat.

DAHAGI DI INDIA

LATAR BELAKANG
• Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India
• Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menentang Inggeris di India
• Mengapakah orang India menganggap peristiwa ini penting? Ada dua sebab mengapa mereka berkata demikian :
1 Pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan kebangsaan menentang penjajah
2 Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan
Siapakah yang terlibat dalam pemberontakan ini?
• Sudah tentulah mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris.
• Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris
Apa pula jika dilihat dari sudut pandangan Inggeris
• Bagi Inggeris, pemberontakan ini bukanlah satu pemberontakan bersifat kebangsaan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara bernama India.
• Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh India
• Oleh itu apakah uniknya Dahagi India ini?
• Ini boleh dilihat daripada perjuangan pemberontakan ini. Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan kepentingan masing-masing.
• Malah perjuangan ini tidak melibatkan semua golongan tentera kerana tentera Sikh dan rejimen tempatan masih tetap memihak kepada Inggeris
Faktor-faktor penentangan
1. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie
• Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India. Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu
i. Undang-undang Lesap Waris
ii. Hak menakluk kuasa Agung
iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan
• Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur, Satera, Jhansi,Baghat Jaitpur dan Sambalpur.
• Dasar Inggeris ini dianggap oleh India sebagai tidak sah malah menjatuhkan maruah pemimpin tempatan.
• Ini dapat dilihat daripada penentangan yang melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab, Raja Tanjor, dan Nana Sahib.
• Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi apabila tanah dan estet ayah angkatnya dirampas oleh Inggeris. Atas alasan itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKaunpur.
2. Pembaharuan Pentadbiran Inggeris
i. Suruhanjaya Inam
• Ini adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa
• Melalui dasar ini Inggeris menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris
• Tindakan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama.
• Malah Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan kepada pemilik dan penyewa tanah
ii. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan
iii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera. Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.
3. Pembaharuan Sosial
a. Amalan Sutee
• Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar bersama-sama suami mereka yang telah mati
• Malah terdapat balu-balu ini dipaksa untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati.
• Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan jenayah.
• Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undang-undang pada tahun 1929.
b. Amalan Thugee
• Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata
• Mereka ini akan menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan.
• Mereka ini akan menyamar diri dan mencekik sampai mati ke atas pengembara-pengembara atas nama Dewi Kali
c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan
• Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak.
• Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat India
d. Meluluskan Akta Kahwin semula
• Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah dilarang untuk berkahwin semula.
• Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India
• Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana melanggar adat resam mereka.
4. Pengenalan teknologi Barat
• Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan telegraf.
• Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua
• Bagi orang India sistem ini mengancam sistem kasta dan sekaligus mencemarkan ajaran agama Hindu. Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi.
5. Perasaan Dendam Sepoi
• Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India.
• Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu :
a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India
• Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India
• Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka.
• Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas.
b. Akta pengambilan tentera am
• Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati
• Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah.
c. Amalan diskriminasi dalam tentera
• Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris.
• Sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini mengecewakan pegawai-pegawai yg berkebolehan tambahan pula pihak Inggeris sengaja menukarkan mereka untuk mengisi jawatan-jawatan awam yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.
d. Masalah senapang
• Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield
• Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu
• Suasana ini sebenarnya telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan muslim.
• Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan ini membangkitkan kemarahan tentera sepoi yang lain dan akhirnya melancarkan pemberontakan menentang Inggeris

Perang Jawa

diponegoroPERANG JAWA 1825-1830
1. Perang Jawa berlaku di Jawa Tengah yang dipimpin oleh seorang putera diraja Jogjakarta bernama Dipo Negoro.
2. Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa.
3. Raffles telah membentuk Dewan Penasihat untuk membantu pentadbirannya yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai Belanda dan Inggeris. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Raffles dari segi politik, ekonomi dan social.
4. Semasa Perang Napoleon antara Perancis dengan Belanda di Eropah berlaku, Belanda telah menandatangani surat-surat Kew dengan Inggeris. Menurut surat-surat kew tersebut, Belanda telah menyerahkah semua tanah jajahannya di Timur kepada Inggeris.
5. Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda.
6. Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral di Pulau Jawa untuk menyusun semula system politik,ekonomi dan social. Dua daripada tiga orang Pesuruhjaya tersebut telah kembali ke Belanda sementara seorang lagi iaitu Baron Van der Capellan meneruskan tugasnya sebagai Gebenor Jeneral India.
7. Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah mengadakan pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang Jawa atau Perang Diponegoro.
8. Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan para petani yg tdk puas hati dgn pentadbiran Belanda di Pulau Jawa.
9. Bagi rakyat Pulau Jawa Dipo Negoro dianggap sebagai seorang wira negara dan menggelarkannya sebagai Ratu Adil atau Ratu Pembebas yg membebaskan Jawa drp ketidakadilan Belanda
10. Tektik yang digunakan ialah tektik gerila untuk menentang pasukan tentera Belanda yang terlatih.
11. Tektik ini digunakan kerana bersesuaian dgn pasukan Dipo Negoro yg kurang lengkap dan tidak mempunyai senjata yang cukup.
12. Perang Jawa meletus akibat daripada factor-faktor ekonomi, politik, agama atau social.
Faktor Ekonomi
1. Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan org-org Eropah dan Cina.
2. Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak menguasai petani-petani.
3. Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak faedah daripada sistem ini.
4. Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau tlh membatalkan kontrak sewa tanah
5. Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan bangsawan dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta.
6. Langkah ini sebenarnya tlh menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan bangsawan sementara para penyewa pula tlh menuntut balik bayaran pendahuluan yg diberikan kepada tuan-tuan tanah.
7. Tuan-tuan tanah pula telah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi masalah membayar balik. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dgn pembatalan kontrak sewa tanah
8. Sebagai langkah terakhir tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras utk mendapatkan hasil yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah.
9. Langkah ini sebenarnya menyebabkan para petani tidak mempunyai masa untuk mengusahakan tanaman mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan petani tidak puas hati dgn dasar baru Belanda ini.
10. Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya di Kediri terdapat 35 jenis cukai antaranya cukai tanah, cukai sempadan,cukai garam serta cukai membawa bayi.
11. Para petani semakin marah apabila cukai ini dipajakkan kepda org Cina kerana mereka tlh mengenakan cukai yg tinggi daripada yg ditetapkan oleh kerajaan.
12. Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila org Cina mengenakan kadar faedah yg tinggi ke atas pinjaman-pinjaman kerana pada masa itu org Cina menjadi peminjam wang dan org tangah dalam urusan perniagaan.
13. Petani-petani juga dipaksa menjual hasil tanaman mereka pada harga yang rendah kepada kerajaan Belanda.
Faktor Politik
1. Faktor ini berkaitan dgn kepimpinan Dipo Negoro dalam perkara perebutan takhta.
2. Dipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yg memerintah Jogjakarta (1810-1814).
3. Apabila kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya adiknya Djarot yg berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yg memerintah Jawa pada masa itu.
4. Raffles berjaya mententeramkan keadaan dgn memujuk dan menjanjikan takhta selepas kemangkatan Djarot.
5. Pada tahun 1822 Djarot mangkat. Pada masa itu Jawa diperintah oleh kerajaan Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan.
6. Jika pada perjanjian yg dibuat Raffles, maka Dipo Negoro dilantik menjadi sultan tetapi sebaliknya, Baron Van der Cappelen tlh melantik anak Djarot yg berusia dua tahun sebagai raja.
7. Dipo Negoro sgt marah kerana sudah dua kali beliau diturunkan drp takhta serta keengganan Belanda menunaikan janji Raffles.
8. Perasaan dendam Dipo Negoro terhadap Belanda bukan sahaja soal takhta malah juga soal pembatalan kontrak sewa tanah.
Faktor Sosial
1. Dipo Negoro adalah seorg yg alim dalam soal agama Islam. Ketokohannya sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui Belanda sungguhpun beliau disanjung tinggi sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan.
2. Menurut kepercayaan tradisional org Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai Ratu Adil yg akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan cengkaman penjajah.
3. Dalam suasana genting itu, Dipo Negoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda berkeras ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan moyangnya. Beliau bukan sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarga dan juga mencabul kesucian Islam.
4. Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut, Dipo Negoro mengistiharkan perang Jihad terhadap Belanda. Masyarakat tempatan di Jogjakarta tlh memberi sokongan kpd Dipo Negoro. Beliau disertai Sentot dan Mangku Bumi.
Kesan-kesan Perang Jawa
Dari segi social
1. Peperangan ini tlh mengorbankan 200 000 org Jawa sementara bagi pihak Belanda pula seramai 7000 org askar Indonesia dan 8000 org Belanda terkorban.
2. Peperangan ini juga menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran terutamanya di Jogjakarta dan Surakarta kerana banyak kawasan pertanian musnah.
Dari segi ekonomi
1. Perang ini menyebabkan Belanda kerugian 20 juta Guilder. Belanda tlh meminjam wang ini dari negara-negara lain. Dalam masa yg sama Belanda juga menghadapi pemberontakan di Belgium menentang pemerintahan Belanda.
2. Ini menyebabkan Belanda hampir muflis dan mengambil langkah berjimat cermat dlm pentadbiran serta kurangkan bilangan residensi di Jawa.
3. Bagi memulihkan keadaan kewangan Belanda telah menghantar Gabenor Jeneral yang baru di Jawa iaitu Johannes Van der Borsh. Beliau tlh memperkenalkan sistem tanaman paksa bagi mengatasi masalah kewangan.
Dari segi politik
1. Belanda mengambil langkah merampas beberapa wilayah di Pulau Jawa bagi melemahkan kekuatan kerajaan tempatan utk menentang Belanda. Antara wilayah tersebut ialah Banjumas, Bagalen,Madium dan Kediri.
2. Sultan-sultan tlh diberi ganti rugi bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.
3. Kuasa pemerintah tempatan juga dikurangkan . Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan Surakarta diperbaiki dan diletak dibawah pengawasan Belanda.
SOALAN STPM
1. Bincangkan tindakbalas masyarakat pribumi terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 (STPM 2001)

Huraikan kesan-kesan penghijrahan orang Cina ke Indonesia dan Filipina sehingga Perang Dunia Kedua

Pengenalan
Perkembangan ekonomi yang begitu pesat sekitar abad ke 19 telah berlaku kekurangan buruh untuk menggerakkan sector ekonomi di Asia Tenggara. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila penduduk tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sector ekonomi moden. Bagi mengatasi masalah buruh ini pihak Barat telah membawa masuk buruh asing dari China dan India. Belanda telah membawa masuk buruh Cina ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah, sementara pemerintah Sepanyol di Filipina telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi dan social.
Isi
Kedatangan orang Cina ke Indonesia telah membawa kebaikan kepada pemerintah Belanda kerana kegiatan ekonomi berkembang dengan baik, tetapi dalam masa yang sama telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada penduduk tempatan. Pada peringkat awal kegiatan ekonomi orang Cina hanyalah dalam aktiviti perburuhan di estet estet Belanda. Bagaimanapun menjelang pertengahan abad ke 19, orang Cina telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi terutamanya perdagangan. Mereka mula menjalankan kegiatan pengangkutan feri, perjudian dan sebagainya. Pendek kata orang Cina telah Berjaya menguasai ekonomi Indonesia malah kekayaan mereka melbihi kekayaan penduduk pribumi. Menyedari ancaman daripada penduduk pribumi dan bagi menjamin perniagaan mereka dilindungi, orang Cina telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908.
Dari sudut social pula, orang Cina telah menubuhkan sekolah Cina untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini sudah tentu memberi kesan ke atas system pendidikan Negara Indonesia. Bagaimanapun system persekolahan tersebut menggunakan kurikulum Belanda. Tujuan Belanda berbuat demikian adalah untuk menyekat pengaruh sekolah Cina dan cuba mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia. Perkembangan ini telah mendapat bantahan daripada kerajaan Negara China dan Persatuan China Seberang Laut.
Dari segi politik, orang Cina juga terlibat dalam bidang pentadbiran. Apabila Belanda menubuhkan Volsksraad pada tahun 1918, orang Cina telah memainkan peranan penting dalam Dewan tersebut. Suara mereka didengar dalam Dewan perwakilan demi memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Orang Cina juga terlibat dalam gerakan nasionalisma. Walaupun gerakan mereka menjurus kepada perkembangan nasinalisme Negara asal mereka, namun ini telah memberi kesedaran kebangsaan orang Cina di Indonesia dengan wujudnya pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab pengembara Nanyang. Pertubuhan ini giat mengadakan kempen kesedaran di kalangan orang Cina. Walau bagaimanapun kegiatan mereka ini disekat oleh Belanda kerana bimbang akan terbentuknya kerjasama antara orang Cina dengan golongan nasionalis Indonesia.
Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industry pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan pemprosesan makanan.
Semasa Filipina di bawah Amerika Syarikat, orang Cina merupakan pemodal kedua terbanyak dalam bidang perbankan selepas Amerika Syarikat dengan modal sebanyak 100 juta dollar AS. Mereka juga terlibat dalam penerokaan tanah-tanah kawasan sungai dan kampong-kampung tepi pantai di Kepulauan Selatan Filipina.
Kedatangan orang CIna di Filipina juga telah member kesan kepada system pendidikan di Filipina dengan terbinanya sekolah-sekolah Cina sekitar pertengahan abad ke 19. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan sekolah Cina iaitu sekolah yang didirikan oleh mubaligh kristian dan sekolah yang didirikan oleh orang CIna. Sekolah Cina yang pertama di Filipina ialah Anglo Chinese. Kebanyakan pelajar diajar tentang buku-buku klasik Cina dan tulisan Cina. Sehingga abad ke 20 terdapat 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina. Kebanyakan sekolah ini dibiayai oleh Dewan Perniagaan Umum Cina
Kemasukan orang Cina telah melahirkan apa yang dipanggil golongan Mestizo. Golongan ini muncul hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai perdagangan antara pulau-pulau di Filipina.
Kesimpulannya kedatangan orang Cina di Filipina dan Indonesia telah member kesan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat tempatan. Kesan yang paling penting ialah penguasaan ekonomi orang Cina ke atas kedua-dua buah Negara tersebut. Keadaan ini sudah tentu member saingan kepada penduduk tempatan dan dalam keadaan tertentu telah menutup peluang perniagaan penduduk tempatan. Dalam keadaan sedemikian, timbul gerakan anti Cina yang dilancarkan penduduk pribumi di Indonesia dan Filipina yang membawa tindakan keganasan. Malah pihak penjajah yang menguasai kedua-dua Negara tersebut telah cuba mengenakan sekatan ke atas orang Cina bagi menghalang monopoli orang Cina dalam perniagaan

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.