Perang Jawa dan Dahagi India

“Konflik antara nilai tempatan dengan nilai Barat telah mencetuskan Dahagi India (1857) dan Perang Jawa (1825).” Jelaskan.

Dahagi India yang tercetus di India pada tahun 1857 dan Perang Jawa yang tercetus di Indonesia pada tahun 1825 merupakan gerakan antipenjajah. Kedua-dua gerakan menentang penjajahan British di India dan Belanda di Indonesia atas sebab konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan.
Pembaharuan social yang dilakukan oleh Lord William Bentick di India yang pada anggapan dan pemikiran barat sebagai tradisi kuno dan merugikan telah membawa kepada penentangan terhadap Barat. Sebagai contoh amalan suttee merupakan satu adat resam yang telah berakar umbi sejak sekian lama dalam masyarakat India. Amalan ini merupakan satu pengorbanan yang dilakukan oleh si isteri di timbunan kayu mayat suami mereka semasa upacara pengebumian. Bagi British amalan ini satu jenayah besar kerana balu si mati sering kali dipaksa berbuat demikian oleh saudara-maranya. Undang-undang untuk mengharamkan amalan ini dikeluarkan pada tahun 1828.

Amalan thugee pula ialah satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Kumpulan-kumpulan agama ini akan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewa Kali. Amalan ini juga telah dihapuskan oleh British. Begitu juga dengan amalan pembunuhan bayi perempuan.

Satu peristiwa yang menggemparkan telah berlaku apabila terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa peluru senapang rifle enfield yang baru yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah disapu dengan minyak lembu dan babi dihujungnya. Sepoi-sepoi Hindu dan Muslim berpendapat tindakan Inggeris ini menentang kebudayaan dan agama mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka.

Pengenalan Akta Pengambilan Tentera Am juga menimbulkan ketegangan di kalangan kaum Brahmin dan Rajput. Di bawah akta ini, askar-askar sepoi boleh dihantar ke merata wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kasta yang tinggi. Mereka bimbang kasta tinggi mereka ini akan tercemar dengan berlakunya perpindahan.

Sungai Ganges dianggap suci oleh orang India. Tindakan British hendak membina tali air yang menghubungkan beberapa kawasan dengan Sungai Ganges dianggap telah mengancam kepercayaan dan kesucian agama Hindu. Pengenalan kepada system pendidikan Barat juga telah disalah ertikan oleh orang India. Mereka beranggapan bahawa British cuba mengkristiankan orang India dan menghapuskan tradisi-tradisi mereka dan system pendidikan Hindu.

Undang-Undang Lesap Waris Lord Dalhousie telah menafikan hak-hak tradisional dari segi perwarisan. Orang India terlalu marah dengan tindakan British yang menduduki wilayah-wilayah yang tiada pewaris sah.

Di Indonesia pula, Perang Jawa tercetus atas sebab pembatalan kontrak sewaan tanah oleh Belanda. Dalam kontrak tersebut, orang-orang Eropah dibenarkan menyewa tanah untuk mengusahakan tanaman sendiri. Belanda menganggap sistem sewa tanah ini sebagai satu bentuk penindasan ke atas masyarakat tempatan. Undang-undang telah diluluskan untuk membatalkan semua kontrak sewaan tanah.

Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang Jawa ialah Dipo Negoro. Beliau membenci Belanda kerana mempermainkan hak perwarisan takhtanya dan juga soal-soal keagamaan. Dipo Negoro sebenarnya merupakan anak sulung Amangkubuwono III. Apabila Amangkubuwono mangkat, Dipo Negoro telah diketepikan. Raffles yang memerintah Indonesia ketika itu telah melantik putera yang lebih muda iaitu Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta. Apabila Djarot mangkat dan Indonesia diambil alih oleh Belanda sekali lagi Dipo Negoro telah diketepikan apabila anak Djarot yang baru berusia dua tahun dilantik menjadi raja menggantikan ayahda nya.

Dari segi keagamaan, Belanda tidak mengakui Dipo Negoro sebagai pemimpin agama Islam walaupun beliau disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan. Mengikut kepercayaan tradisi orang-orang Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai “Ratu Adil’. Dipo Negoro menjadi harapan mereka untuk membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan kongkongan penjajahan Belanda.

Keadaan ini menjadi lebih genting lagi apabila Belanda hendak membina sebatang jalan raya di Jogjakarta yang betul-betul melalui kawasan pemakaman moyang Dipo Negoro. Beliau berasa terhina dengan tindakan Belanda ini kerana telah melanggar tatasusila dan nilai-nilai social serta agama Islam sendiri. Bagi Dipo Negora tindakan ini sudah keterlaluan lalu melancarkan Perang Jihad ke atas Belanda.

Jelas bahawa terdapat konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan. Kuasa-kuasa Barat tidak sensitif terhadap amalan dan kepercayaan tempatan. Mereka hanya menganggap sesuatu amalan sosial tidak berperikemanusiaan dari kaca mata mereka, sedangkan amalan-amalan sosial yang ada telah berakar umbi dalam masyarakat tempatan. Ini bermakna, British dan Belanda telah campur tangan dalam adat resam penduduk tempatan.

DAHAGI DI INDIA

LATAR BELAKANG
• Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India
• Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menentang Inggeris di India
• Mengapakah orang India menganggap peristiwa ini penting? Ada dua sebab mengapa mereka berkata demikian :
1 Pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan kebangsaan menentang penjajah
2 Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan
Siapakah yang terlibat dalam pemberontakan ini?
• Sudah tentulah mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris.
• Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris
Apa pula jika dilihat dari sudut pandangan Inggeris
• Bagi Inggeris, pemberontakan ini bukanlah satu pemberontakan bersifat kebangsaan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara bernama India.
• Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh India
• Oleh itu apakah uniknya Dahagi India ini?
• Ini boleh dilihat daripada perjuangan pemberontakan ini. Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan kepentingan masing-masing.
• Malah perjuangan ini tidak melibatkan semua golongan tentera kerana tentera Sikh dan rejimen tempatan masih tetap memihak kepada Inggeris
Faktor-faktor penentangan
1. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie
• Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India. Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu
i. Undang-undang Lesap Waris
ii. Hak menakluk kuasa Agung
iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan
• Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur, Satera, Jhansi,Baghat Jaitpur dan Sambalpur.
• Dasar Inggeris ini dianggap oleh India sebagai tidak sah malah menjatuhkan maruah pemimpin tempatan.
• Ini dapat dilihat daripada penentangan yang melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab, Raja Tanjor, dan Nana Sahib.
• Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi apabila tanah dan estet ayah angkatnya dirampas oleh Inggeris. Atas alasan itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKaunpur.
2. Pembaharuan Pentadbiran Inggeris
i. Suruhanjaya Inam
• Ini adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa
• Melalui dasar ini Inggeris menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris
• Tindakan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama.
• Malah Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan kepada pemilik dan penyewa tanah
ii. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan
iii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera. Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.
3. Pembaharuan Sosial
a. Amalan Sutee
• Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar bersama-sama suami mereka yang telah mati
• Malah terdapat balu-balu ini dipaksa untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati.
• Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan jenayah.
• Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undang-undang pada tahun 1929.
b. Amalan Thugee
• Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata
• Mereka ini akan menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan.
• Mereka ini akan menyamar diri dan mencekik sampai mati ke atas pengembara-pengembara atas nama Dewi Kali
c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan
• Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak.
• Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat India
d. Meluluskan Akta Kahwin semula
• Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah dilarang untuk berkahwin semula.
• Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India
• Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana melanggar adat resam mereka.
4. Pengenalan teknologi Barat
• Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan telegraf.
• Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua
• Bagi orang India sistem ini mengancam sistem kasta dan sekaligus mencemarkan ajaran agama Hindu. Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi.
5. Perasaan Dendam Sepoi
• Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India.
• Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu :
a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India
• Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India
• Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka.
• Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas.
b. Akta pengambilan tentera am
• Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati
• Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah.
c. Amalan diskriminasi dalam tentera
• Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris.
• Sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini mengecewakan pegawai-pegawai yg berkebolehan tambahan pula pihak Inggeris sengaja menukarkan mereka untuk mengisi jawatan-jawatan awam yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.
d. Masalah senapang
• Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield
• Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu
• Suasana ini sebenarnya telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan muslim.
• Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan ini membangkitkan kemarahan tentera sepoi yang lain dan akhirnya melancarkan pemberontakan menentang Inggeris

Penentangan rakyat Filipina ke atas Penjajahan Sepanyol

Pemberontakan rakyat Filipina Menentang kuasa Sepanyol

Tujuan penjajahan Sepanyol di Filipina
• Untuk menguasai perdagangan rempah
• Sebagai pangkalan tapak penyebaran agama kristian di negara China dan Jepun.
• Mengkristiankan penduduk Filipina
• Sepanyol memerintah Filipina selama 300 tahun. Dlm tempoh tersebut berlaku penindasan yg dilakukan oleh pegawai-pegawai dan pederi Sepanyol.
• Sejak awal pemerintahan Sepanyol, masyarakat tempatan sering bangun menentang penjajah kerana tidak puas hati dgn tindakan pegawai-pegawai Sepanyol yg menggunakan kuasa mereka utk memeras rakyat jelata di Filipina.
• Ada diantara paderi-paderi Sepanyol yg menindas rakyat untuk kepentingan gereja.
• Misi Sepanyol untuk mengkristiankan penduduk Filipina telah berjaya dengan sebahagian besar penduduk telah menganut agama ini.
• Dari sini ramai paderi-paderi lahir akibat wujudnya proses kristianisasi terhadap penduduk Filipina.
• Wujud diskriminasi di antara paderi-paderi Sepanyol dengan paderi-paderi berbangsa Filipina telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka meskipun mereka ini memiliki kelayakan dan latihan setanding dgn paderi-paderi Sepanyol. Mereka hanya diberi jawatan-jawatan yg rendah di gereja. Keadaan ini telah mencetuskan anti-Sepanyol di kalangan bangsa Filipina
• Pelaksanaan Sistem Encomiendia, sistem Polo dan sistem Vandala telah menyemarakkan lagi perasaan anti Sepanyol

Sistem Encomienda
• Rakyat dikenakan cukai yg tinggi sebanyak satu hingga sembilan peso
• Cukai ini dianggap sebagai ufti kepada pemerintah Sepanyol di Filipina.
• Rakyat dikerah menjadi buruh paksa kepada pentadbir Sepanyol.
• Sesiapa yg tidak membayar cukai dan enggan melaksanakan kerja-kerja paksa tindakan tegas akan diambil spt membinasakan kampung, mencedera dan memenjarakan mereka

Sistem Polo
• Semua lelaki berumur antara 18-60 tahun kecuali penghulu dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40 hari setahun dgn kerajaan Sepanyol.
• Sistem ini dianggap satu penindasan kerana mereka tidak diberi gaji sebaliknya diberi sedikit beras untuk mengelakan mereka drp mati kebuluran.

Sistem Vandala
• Rakyat dikehendaki menyerahkan barangan tertentu kepada kerajaan secara paksa.
• Lazimnya mereka tidak diberi apa-apa bayaran terhadap barang yg diserahkan.
• Kadangkala mereka diberi kupon yang tidak bernilai sebagai tanda hutang oleh kerajaan.
• Ketiga-tiga sistem ini jelas membuktikan wujudnya amalan diskriminasi dan penindasan ke atas rakyat Filipina.
• Akibat sistem ini berlakunya pengabaian terhadap tanaman makanan sehingga berlakunya kekurangan makanan.
• Keadaan ini berlanjutan sehingga membawa kebuluran dan wabak penyakit.
• Beribu-ribu org tlh mati kebuluran dan ada antara mereka telah melarikan diri ke kawasan pedalaman untuk mengelakkan sistem ini.
• Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada penentangan terhadap penjajah Sepanyol namun penentangan ini bukanlah satu gerakan nasionalisma tetapi lebih kepada gerakan bersifat kedaerahan
• Penentangan masyarakat tempatan Filipina sebenarnya berlaku sejak abad ke 16 lagi yg melibatkan golongan tentera, agama, masyarakat awam dan golongan intelektual.
• Pada peringkat awal terdapat lebih kurang 100 penentangan dan lazimnya pemberontakan awal ini tidak teratur dan mudah ditewaskan oleh penjajah Sepanyol.
• Antara penentangan-penentangan utama sepanjang abad ke 16 hingga ke 18 ialah :
• Pemberontakan Tondo 1584
• Penentangan Org Islam Moro di Mindanao dan Sulu.
• Pemberontakan petani Leyte 1621
• Pemberontakan Sumoroy 1649
• Pemberontakan Dagohoy di Bohol 1744
• Pemberontakan Diego Silang.
• Pada peringkat kedua penentangan juga dipenuhi dgn kebangkitan anti-penjajahan Sepanyol yg melibatkan pemimpin tempatan, golongan aristokrat, golongan agama dan tentera.
• Antara penentangan yg wujud ialah :
1. Pemberontakan Basi (Casi) 1807
2. Pemberontakan Novales 1823
3. Pemberontakan Tayabas 1840-1841
4. Dahagi Tagalog 1871
5. Pemberontakan Cavite 1872

Pemberontakan Basi (Casi) 1807
• Pada tahun 1807, pengharaman kerajaan Sepanyol ke atas industri membuat arak (casi) tlh mencetuskan pemberontakan Casi di Ilcandia.
• Industri membuat casi merupakan pekerjaan tradisional penduduk tempatan yg menghasilkan pendapatan yg lumayan kepada penduduk.
• Perasaan tidak puas hati timbul apabila kerajaan Sepanyol mengambil alih industri ini disebalik pengharaman industri tempatan.
• Keadaan ini menyebabkan rakyat Filipina yg terlibat dlm industri ini telah terjejas pendapatan mereka.
• Kebencian masyarakat tempatan menjadi kemuncak apabila kerajaan Sepanyol dikatakan telah menggangu adat resam masyarakat tempatan yg tlh diamalkan sekian lama.
• Rakyat tempatan juga dikehendaki membeli arak daripada kerajaan Sepanyol dengan harga yang tinggi
• Penentangan adat resam dan penindasan kerajaan Sepanyol ini telah mencetuskan pemberontakan Basi.
• Pemberontakan ini dapat disamakan dengan peristiwa “Whisky Rebellion” di Amerika Syarikat pada tahun 1794
Pemberontakan Novales 1823
• Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera Filipina yg tidak puas hati dgn amalan diskriminasi tentera Sepanyol terhadap tentera Filipina.
• Mereka dibezakan dari segi gaji, taraf jawatan dan pekerjaan, layanan dan peluang kenaikan pangkat.
• Ini terbukti apabila tentera Filipina diberi gaji yang rendah, layanan yang buruk dan tidak berpeluang menjawat jawatan yg lebih tinggi berbanding tentera Sepanyol.
• Dalam pemberontakan ini tentera Filipina hampir menawan Manila.
Pemberontakan ini sebenarnya satu usaha untuk mengembalikan maruah tentera Filipina yang ditindas agar setanding dgn tentera berbangsa Sepanyol.

Pemberontakan Tayabas 1840-1841
• Pemberontakan Tayabas merupakan pemberontakan golongan paderi-paderi Filipina menentang paderi Sepanyol.
• Pemberontakan ini disebabkan amalan diskriminasi dikalangan paderi Sepanyol dgn paderi Filipina.
• Paderi-paderi Sepanyol diberi pelbagai kemudahan, keistimewaan dan memegang jawatan yang tinggi dalam gereja sedangkan paderi berbangsa Filipina diketepikan dan tidak dibenarkan menduduki jawatan penting dalam gereja.
• Gerakan ini dipimpin oleh paderi Apolinario de La Cruz
• Beliau cuba menubuhkan persatuan Gereja St.Joseph yang ahlinya terdiri daripada orang-orang Filipina sahaja.
• Namun cubaan Cruz mendapat tentangan daripada gereja Katolik.Cruz kemudiannya telah menubuhkan gerejanya sendiri dan melantik dirinya sebagai ketua
• Cruz juga tidak dibenarkan belajar di gereja katolik sebagai langkah menghalang peluasan kuasa paderi Filipina.
• Cruz tlh menubuhkan pertubuhan agama yg dikenali sebagai Confrdia de San Jose yg bertujuan menghalang diskriminasi penguasa Sepanyol dlm gereja.
• Pertubuhan ini diharamkan oleh Sepanyol bagi menghalang bergerak aktif dan mempengaruhi paderi-paderi lain.
• Pemberontakan ini tamat apabila Cruz dihukum bunuh dan penyokong-penyokongnya disingkirkan daripada gereja.

Dahagi Tagalog 1871
• Merupakan satu gerakan penentangan menuntut persamaan hak oleh tentera berbangsa Filipina.
• Tindakan Kerajaan Sepanyol memperalatkan masyarakat Filipina yg lain tlh memecahbelahkan penduduk Filipina.
• Keadaan ini tlh menyedarkan rakyat Filipina tentang ketidakadilan penjajah Sepanyol, penindasan serta segala kekejaman yg dilakukan.

Pemberontakan Cavite 1872
• Pemberontakan Cavite pada tahun 1872 adalah bercorak nasionalisma.
• Pemberontakan bersenjata ini berlaku di gudang senjata di Cavite.
• Ia dianggotai 200 orang askar diketuai oleh sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai-pegawai Sepanyol.
• Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak setanding tentera Sepanyol.
• Dalam pemberontakan tersebut, 41 org tlh dihukum bunuh termasuk 3 org paderi berbangsa Filipina iaitu Jose Burgos, Mariano Gomez dan Jancita Zamora.
• Pembunuhan 3 org paderi ini merupakan satu tindakan kejam kerana mereka tidak terlibat langsung dlm pemberontakan ini.
• Peristiwa ini tlh menyemarakan perasaan anti-Sepanyol yg menyeluruh sehingga melahirkan golongan yg ingin membebaskan bangsa mereka.

Gerakan Propaganda La Solidaridad 1882-1896
• Kebanyakan ahlinya merupakan pelajar Filipina yang menuntut di Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882.
• Gerakan ini disertai oleh golongan profesional. Antaranya termasuklah Dr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.
• Perjuangan mereka melalui media massa yang cuba mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol serta perjuangan menuntut hak persamaan taraf antara pegawai Filipina dengan pegawai Sepanyol.
• Gerakan propaganda disalurkan melalui akhbar La Solidaridad.

Liga Filipina 1892
• Diasaskan oleh Jose Rizal.
• Tujuan Liga Filipina:
1. Menentang ketidakadilan dan kekejaman
2. Mewujudkan kesatuan antara pulau-pulau Filipina
3. Sentiasa membuat kajian dan menjalankan perubahan
4. Menggalakkan kemajuan dalam segala bidang.
• Perjuangan bersifat sederhana dan secara aman
• Bagaimanapun Kerajaan Sepanyol mengesyaki Liga Filipina sebagai sesuatu yang subversif dan revolusioner
• Akhirnya Jose Rizal ditangkap dan dijatuhi hukuman mati atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan

Perang Jawa


1. Perang Jawa berlaku di Jawa Tengah yang dipimpin oleh seorang putera diraja Jogjakarta bernama Dipo Negoro.
2. Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa.
3. Raffles telah membentuk Dewan Penasihat untuk membantu pentadbirannya yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai Belanda dan Inggeris. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Raffles dari segi politik, ekonomi dan social.
4. Semasa Perang Napoleon antara Perancis dengan Belanda di Eropah berlaku, Belanda telah menandatangani surat-surat Kew dengan Inggeris. Menurut surat-surat kew tersebut, Belanda telah menyerahkah semua tanah jajahannya di Timur kepada Inggeris.
5. Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda.
6. Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral di Pulau Jawa untuk menyusun semula system politik,ekonomi dan social. Dua daripada tiga orang Pesuruhjaya tersebut telah kembali ke Belanda sementara seorang lagi iaitu Baron Van der Capellan meneruskan tugasnya sebagai Gebenor Jeneral India.
7. Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah mengadakan pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan penduduk tempatan dan akhirnya mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang Jawa atau Perang Diponegoro.
8. Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan para petani yg tdk puas hati dgn pentadbiran Belanda di Pulau Jawa.
9. Bagi rakyat Pulau Jawa Dipo Negoro dianggap sebagai seorang wira negara dan menggelarkannya sebagai Ratu Adil atau Ratu Pembebas yg membebaskan Jawa drp ketidakadilan Belanda
10. Tektik yang digunakan ialah tektik gerila untuk menentang pasukan tentera Belanda yang terlatih.
11. Tektik ini digunakan kerana bersesuaian dgn pasukan Dipo Negoro yg kurang lengkap dan tidak mempunyai senjata yang cukup.
12. Perang Jawa meletus akibat daripada factor-faktor ekonomi, politik, agama atau social.
Faktor Ekonomi
1. Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan org-org Eropah dan Cina.
2. Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan mereka ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak menguasai petani-petani.
3. Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak faedah daripada sistem ini.
4. Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau tlh membatalkan kontrak sewa tanah
5. Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan bangsawan dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta.
6. Langkah ini sebenarnya tlh menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan bangsawan sementara para penyewa pula tlh menuntut balik bayaran pendahuluan yg diberikan kepada tuan-tuan tanah.
7. Tuan-tuan tanah pula telah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi masalah membayar balik. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dgn pembatalan kontrak sewa tanah
8. Sebagai langkah terakhir tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras utk mendapatkan hasil yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah.
9. Langkah ini sebenarnya menyebabkan para petani tidak mempunyai masa untuk mengusahakan tanaman mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan petani tidak puas hati dgn dasar baru Belanda ini.
10. Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya di Kediri terdapat 35 jenis cukai antaranya cukai tanah, cukai sempadan,cukai garam serta cukai membawa bayi.
11. Para petani semakin marah apabila cukai ini dipajakkan kepda org Cina kerana mereka tlh mengenakan cukai yg tinggi daripada yg ditetapkan oleh kerajaan.
12. Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila org Cina mengenakan kadar faedah yg tinggi ke atas pinjaman-pinjaman kerana pada masa itu org Cina menjadi peminjam wang dan org tangah dalam urusan perniagaan.
13. Petani-petani juga dipaksa menjual hasil tanaman mereka pada harga yang rendah kepada kerajaan Belanda.
Faktor Politik
1. Faktor ini berkaitan dgn kepimpinan Dipo Negoro dalam perkara perebutan takhta.
2. Dipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono III yg memerintah Jogjakarta (1810-1814).
3. Apabila kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya adiknya Djarot yg berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yg memerintah Jawa pada masa itu.
4. Raffles berjaya mententeramkan keadaan dgn memujuk dan menjanjikan takhta selepas kemangkatan Djarot.
5. Pada tahun 1822 Djarot mangkat. Pada masa itu Jawa diperintah oleh kerajaan Belanda di bawah Gabenor Baron Van der Cappelan.
6. Jika pada perjanjian yg dibuat Raffles, maka Dipo Negoro dilantik menjadi sultan tetapi sebaliknya, Baron Van der Cappelen tlh melantik anak Djarot yg berusia dua tahun sebagai raja.
7. Dipo Negoro sgt marah kerana sudah dua kali beliau diturunkan drp takhta serta keengganan Belanda menunaikan janji Raffles.
8. Perasaan dendam Dipo Negoro terhadap Belanda bukan sahaja soal takhta malah juga soal pembatalan kontrak sewa tanah.
Faktor Sosial
1. Dipo Negoro adalah seorg yg alim dalam soal agama Islam. Ketokohannya sebagai pemimpin agama Islam tidak diakui Belanda sungguhpun beliau disanjung tinggi sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan.
2. Menurut kepercayaan tradisional org Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai Ratu Adil yg akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan cengkaman penjajah.
3. Dalam suasana genting itu, Dipo Negoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda berkeras ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan moyangnya. Beliau bukan sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarga dan juga mencabul kesucian Islam.
4. Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut, Dipo Negoro mengistiharkan perang Jihad terhadap Belanda. Masyarakat tempatan di Jogjakarta tlh memberi sokongan kpd Dipo Negoro. Beliau disertai Sentot dan Mangku Bumi.

Kesan-kesan Perang Jawa
Dari segi social

1. Peperangan ini tlh mengorbankan 200 000 org Jawa sementara bagi pihak Belanda pula seramai 7000 org askar Indonesia dan 8000 org Belanda terkorban.
2. Peperangan ini juga menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran terutamanya di Jogjakarta dan Surakarta kerana banyak kawasan pertanian musnah.
Dari segi ekonomi
1. Perang ini menyebabkan Belanda kerugian 20 juta Guilder. Belanda tlh meminjam wang ini dari negara-negara lain. Dalam masa yg sama Belanda juga menghadapi pemberontakan di Belgium menentang pemerintahan Belanda.
2. Ini menyebabkan Belanda hampir muflis dan mengambil langkah berjimat cermat dlm pentadbiran serta kurangkan bilangan residensi di Jawa.
3. Bagi memulihkan keadaan kewangan Belanda telah menghantar Gabenor Jeneral yang baru di Jawa iaitu Johannes Van der Borsh. Beliau tlh memperkenalkan sistem tanaman paksa bagi mengatasi masalah kewangan.
Dari segi politik
1. Belanda mengambil langkah merampas beberapa wilayah di Pulau Jawa bagi melemahkan kekuatan kerajaan tempatan utk menentang Belanda. Antara wilayah tersebut ialah Banjumas, Bagalen,Madium dan Kediri.
2. Sultan-sultan tlh diberi ganti rugi bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.
3. Kuasa pemerintah tempatan juga dikurangkan . Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan Surakarta diperbaiki dan diletak dibawah pengawasan Belanda.

SOALAN STPM

1. Bincangkan tindakbalas masyarakat pribumi terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 (STPM 2001)

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.