• Kesan terhadap masyarakat dan negara

  • Perang Jawa

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Meta

MEKANTALISME

Sejauhmanakah campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur pada abad ke 19 dipengaruhi oleh factor mekantalisme?

Sejak abad ke-16 lagi. kegiatan penjelajahan kuasa-kuasa barat telah bermula berasaskan matlamat Gospel, Gold and ,Glory iaitu agama. ekonomi dan kemegahan. Kuasa Portugal dan Sepanyol merupakan dua kuasa terulung yang mendahului kuasa-kuasa Eropah lain dalam usaha meluaskan pengaruh mereka di Asia atas tujuan tersebut. Pada abad ke-19, kegiatan imperialisme kuasa barat di Asia ternyata di pengaruhi oleh perkembangan-perkembangan semasa khususnya yang berkatian dengan faktor ekonomi.
Sepanjang abad ke-19, terdapat perlumbaan di kalangan kuasa-kuasa barat untuk meluaskan pengaruh di Timur berikutan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah. Oleh itu, tumpuan utama mereka ke Timur adalah berkait rapat dengan kepentingan ekonomi khususnya perdagangan. Dengan erti kata lain, kepentingan mekantilisme telah menjadi pendorong utama kehadiran orang-orang barat ke Timur khususnya di Asia Tenggara dan Asia Timur. Tambahan pula, pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Keadaan ini telah memberi kemudahan dan menggalakkan lagi kedatangan orang-orang barat ke timur untuk mengeksploitasi kekayaan bahan mentah yang dimiliki.
Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19 telah mempengaruhi kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara yang kaya dengan bahan mentah untuk keperluan kilang-kilang mereka. Bahan mentah yang sering kali menjadi rebutan antara kuasa barat ialah bijih timah, getah, kelapa sawit. sutera. kain kapas dan lain-lain. Bijih timah sangat diperlukan untuk perusahaan ayan atau mengetin makanan. getah untuk industri automobile bagi menghasilkan tayar dan bahan penebat elektrik serta sutera dan kapas untuk industri tekstil. Selain itu. mereka juga bertujuan mencari tanah jajahan baru untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap yang dihasilkan oleh industri mereka. Justeru itu, tumpuan diberikan ke atas negara yang bukan sahaja memiliki hasil bumi yang banyak. malahan turut juga mempunyai bilangan penduduk yang ramai seperti India, China. Indonesia dan lain-lain. Tanpa bekalan bahan mentah dan pasaran. sesebuah kuasa tidak akan mencapai hasrat untuk memajukan industrinya. Lantaran itu, negara-negara itu sering bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan agar tidak terlepas peluang kepada kuasa barat yang lain.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor mekantilisme telah membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Antaranya ialah perluasan kuasa Inggens di Myanmar. Myanmar sememangnya mempunyai kepentingan ekonomi bagi lnggeris. Hal ini kerana Myanmar kaya dengan bahan mentah seperti kayu jati, galian batu permata. minyak dan tanah pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China. Kekayaan ekonomi Myanmar ini telah mendorong pihak Inggeris berusaha menguasai Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Burma Pertama, Perang Inggeris-Burma Kedua dan Perang Inggeris-Burma Ketiga. Akibatnya pada tahun 1886. seluruh Myanmar telah jatuh ke tangan Inggeris.
Perluasan dan pengukuhan kuasa Belanda di Indonesia juga didorong oleh faktor yang sama. Kepulauan Maluku yang merupakan tempat yang paling kaya dengan hasil rempah ratus akhirnya berjaya dikuasai oleh Belanda. Kuasa Belanda seterusnya berjaya mengukuhkan pengaruh di Jawa yang merupakan kawasan pertanian yang produktif yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada Belanda. Sementara Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan pula kaya dengan petroleum. Justeru itu, Belanda berusaha mengukuhkan haknya di seluruh Indonesia dalam rangka melaksanakan eksploitasi sepenuhnya kekayaan ekonomi di Indonesia melalui penubuhan syarikat perdagangan seperti Royal Dutch Shell, Syarikat Minyak Dordrecht dan lain-lain.
Sepanyol pula memerluan tebu yang banyak ekoran terciptanya mesin memproses tebu untuk menghasilkan gula. Faktor ini telah mendorong penguasaan kuasa Sepanyol di Filipina.
Sementara itu di Asia Timur juga berlaku perluasan pengaruh imperialisma barat yang dipengaruhi oleh faktor mekantilisme. Negara China merupakan sebuah negara yang mempunyai kepentingan perdagangan kaya dengan teh, sutera serta hasil galian. Tambahan pula. China mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pada tahun 1830 an. jumlah penduduk China adalah melebihi 400 juta orang. jumlah ini menjadikan negara China mempunyai kuasa beli yang amat berpotensi kepada hasil pengeluaran industri barat. Kekayaan dan kepentingan ekonomi yang dimiliki oleh negara China telah menjadi daya penarik kepada negara-negara barat untuk menguasai negara China. Kekalahan China dalam Perang Candu 1 (1839 1842), Perang Candu 11(1856-1860) dan Perang China-Jepun (1894-1895) telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa barat untuk mengeksploitasi ekonominya. Alasan yang sama juga digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa Jepun nembuka pintu negaranya dengan menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 21 Mac 1854. Dengan itu. beberapa pelabuhan Jepun telah dibuka untuk perdagangan dengan kuasa asing.
Seiringan dengan kemajuan pesat dalam ekonomi perindustrian dan perdagangan, wujud persaingan antara kuasa-kuasa barat untuk menguasai sebanyak mungkin Tanah jajahan di Asia khususnya Asia Tenggara dan Asia Timur. Inggeris pada awalnya bimbang dengan perkembangan pengaruh Perancis yang sedang mara menguasai Indochina dan India. Kedua-dua kuasa ini sedang cuba mengatasi satu sama lain. Justeru itu. Inggeris mesti bertindak terlebih dahulu menguasai Myanmar sebelum Perancis berbuat demikian. Usaha Inggeris telah membuahkan hasil apabila seluruh Myanmar jatuh ke tangannya pada tahun 1886. campur tangan Inggeris di Myanmar juga didorong oleh usaha memulihkan keamanan akibat tercetusnya Pemberontakan orang Arakan. Di Indonesia. melalui dasar monopolinya. kuasa Belanda telah berjaya mengusir keluar orang Portugis, Sepanyol dan Inggeris dan bertapak dan menguasai ekonomi Indonesia. Di Negara China, kuasa-kuasa barat telah menggunakan kesempatan dan kelemahan negara China untuk meluaskan pengaruh masing-masing. Contohnya, Rusia menguasai Manchuria Selatan. Jerman menyewa Teluk Kiaocho. Inggeris mendapat Hong Kong, Wei Hai Wei dan Perancis menyewa Teluk Kangcho. Kuasa-kuasa barat juga merebut peluang menandatangani penjanjian dengan Jepun selepas Amerika merintis jalan membuka hubungan Jepun dengan dunia luar. Campur tangan lnggeris di Jepun bermula setelah menandatangani Perjanjian Nagasaki pada Oktober 1854, Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda pada tahun 1855 diikuti oleh kuasa Belanda pada tahun 1856.
Selain danipada faktor mekantilisme, tendapat juga faktor-faktor lain yang mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan kapal berkuasa wap, pembukaan Terusan Suez. pengenalan sistem telegraf telah berjaya menyumbang kepada campur tangan dan penguasaan orang-orang barat. Ciptaan ini telah memberi kemudahan kepada orang-orang barat untuk tiba di Timur dengan lebih cepat dan pantas. Kos perjalanan juga dapat dikurangkan. Keadaan ini memberi peluang kepada imperialis barat menegakkan kekuasaan di Timur.
Di samping itu. orang-orang barat juga berazam membalas dendam terhadap orang-orang Islam kerana kekalahan mereka dalam Perang Salib. Justeru itu, mereka berusaha menghapuskan kekuasaan dan kejayaan Islam di Asia Tenggara dengan memperhebatkan misi suci untuk mengkristiankan penduduk di Asia Tenggara. Bukti kejayaan mereka terserlah apabila kuasa Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk Filipina dan tindakan Perancis menuntut kebebasan paderi Kristian di Indochina. Mereka juga mendakwa bahawa campur tangan orang-orang barat adalah didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memperadabkan atau mentamadunkan orang Asia setanding dengan peradaban barat yang dianggap lebih baik dan unggul.
Kesimpulannya. kepentingan mekantilisme merupakan faktor paling berpenganuh dalam mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Ianya dibuktikan dengan berlakunya perubahan yang pesar dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi di Negara terlibat. Wala bagaimanapun, factor-faktor lain turut juga membantu dan menyumbang kea rah campur tangan kuasa-kuasa barat pada abad ke 19.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: