• Kesan terhadap masyarakat dan negara

  • Perang Jawa

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Meta

DAHAGI DI INDIA

LATAR BELAKANG
• Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India
• Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menentang Inggeris di India
• Mengapakah orang India menganggap peristiwa ini penting? Ada dua sebab mengapa mereka berkata demikian :
1 Pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan kebangsaan menentang penjajah
2 Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan
Siapakah yang terlibat dalam pemberontakan ini?
• Sudah tentulah mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris.
• Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris
Apa pula jika dilihat dari sudut pandangan Inggeris
• Bagi Inggeris, pemberontakan ini bukanlah satu pemberontakan bersifat kebangsaan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara bernama India.
• Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh India
• Oleh itu apakah uniknya Dahagi India ini?
• Ini boleh dilihat daripada perjuangan pemberontakan ini. Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan kepentingan masing-masing.
• Malah perjuangan ini tidak melibatkan semua golongan tentera kerana tentera Sikh dan rejimen tempatan masih tetap memihak kepada Inggeris
Faktor-faktor penentangan
1. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie
• Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India. Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu
i. Undang-undang Lesap Waris
ii. Hak menakluk kuasa Agung
iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan
• Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur, Satera, Jhansi,Baghat Jaitpur dan Sambalpur.
• Dasar Inggeris ini dianggap oleh India sebagai tidak sah malah menjatuhkan maruah pemimpin tempatan.
• Ini dapat dilihat daripada penentangan yang melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab, Raja Tanjor, dan Nana Sahib.
• Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi apabila tanah dan estet ayah angkatnya dirampas oleh Inggeris. Atas alasan itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKaunpur.
2. Pembaharuan Pentadbiran Inggeris
i. Suruhanjaya Inam
• Ini adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa
• Melalui dasar ini Inggeris menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris
• Tindakan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama.
• Malah Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan kepada pemilik dan penyewa tanah
ii. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan
iii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera. Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.
3. Pembaharuan Sosial
a. Amalan Sutee
• Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar bersama-sama suami mereka yang telah mati
• Malah terdapat balu-balu ini dipaksa untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati.
• Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan jenayah.
• Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undang-undang pada tahun 1929.
b. Amalan Thugee
• Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata
• Mereka ini akan menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan.
• Mereka ini akan menyamar diri dan mencekik sampai mati ke atas pengembara-pengembara atas nama Dewi Kali
c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan
• Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak.
• Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat India
d. Meluluskan Akta Kahwin semula
• Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah dilarang untuk berkahwin semula.
• Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India
• Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana melanggar adat resam mereka.
4. Pengenalan teknologi Barat
• Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan telegraf.
• Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua
• Bagi orang India sistem ini mengancam sistem kasta dan sekaligus mencemarkan ajaran agama Hindu. Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi.
5. Perasaan Dendam Sepoi
• Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India.
• Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu :
a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India
• Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India
• Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka.
• Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas.
b. Akta pengambilan tentera am
• Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati
• Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah.
c. Amalan diskriminasi dalam tentera
• Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris.
• Sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini mengecewakan pegawai-pegawai yg berkebolehan tambahan pula pihak Inggeris sengaja menukarkan mereka untuk mengisi jawatan-jawatan awam yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.
d. Masalah senapang
• Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield
• Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu
• Suasana ini sebenarnya telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan muslim.
• Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan ini membangkitkan kemarahan tentera sepoi yang lain dan akhirnya melancarkan pemberontakan menentang Inggeris

Satu Tanggapan

  1. LATAR BELAKANG• Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India• Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menen dua sebab mengapa mereka berkata demikian :1 Pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangaSiapakah yang terlibac. Menghapuskan amalan membunuh bad. Meluluskan Akta Kahwin semula yi perempuan t dalam pemberontakan ini?• Sudah tentulah mereka yang tidak puas hati dengan Ingger5. Perasaan Dendam Sepoi is.• Mereka itu tb. Amalan Thugee erdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesab. Akta pengambilan tentera am• Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati • Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah.c. Amalan diskriminasi dalam tentera • Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris.• Sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini mengecewakan pegawai-pegawai yg berkebolehan tambahan pula pihak Inggeris sengaja menukarkan mereka untuk mengisi jawatan-jawatan awam yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.d. Masalah senapang • Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield• Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu • Suasana ini sebenarnya telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan muslim.• Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan ini membangkitkan kemarahan tentera sepoi yang lain dan akhirnya melancarkan pemberontakan menentang Inggerisr dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum ked Bagi Inggeris, pemberontakan ini bukanlah satu pemFaktor-faktor penentangan1. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie• Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India. Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu i. Undang-undang Lesap Waris ii. Hak menakluk kuasa Agung iii. Penyalahtadbiran p2. Pembaharuan Pentadbiran Inggeris i. Suruhanjay3. Pembaharuan Sosial a. Amalan Sutee a Inam emerintah tempatan berontakan bersifat kebangsaan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara bernama India.• Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh Indiaatangan Inggeris n kebangsaan menentang penjajah 2 Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan tang

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: